Assalamualaikum....
Minggu lepas (2 Mac), hari jumaat, ak dan member (3orang) ak gerak ke KL dengan tujuan masing2. Aku pergi dengan tujuan nak menghadiri majlis pertunangan sepupu manakala membe (2orang) aku pula turun KL nak dapatkan mesin jahit dari makciknya. Maklum la semester ni kami belajar jahit, so perlu la jugak mesin jahit ni. Dan lagi sorang turun di UPM, nak jumpa akaknya. Al-kisahnya berbunyi begini..
Dalam perjalanan ke KL membe ak bawa keta separuh jalan dan aku bawa pula. Dalam jam 5 petang lebih, kami singgah di RNR Pagoh untuk solat dan rehat sebentar dan kami target akan sampai UPM sebelum jam 7 petang. Ok, dalam perjalanan dari RNR pagoh nak ke UPM, tiba2 kami terdengar mcm letupan kecil. Jadi kami bertindak perlahankan kereta dan berhenti di bahu jalan. Rupa2nya tayar kereta pancit. Syukur Alhamdulillah kami berhenti, kalau tidak, entahlah apa akan terjadi. Maklum la pemanduan ketika tu dalam kelajuan 120km/j. (bahaya ooo…) Membe cakap “memang tayar keta depan prob sikit, lagi2 tayar tu tayar 2nd hand dah.
Dalam perjalanan ke KL membe ak bawa keta separuh jalan dan aku bawa pula. Dalam jam 5 petang lebih, kami singgah di RNR Pagoh untuk solat dan rehat sebentar dan kami target akan sampai UPM sebelum jam 7 petang. Ok, dalam perjalanan dari RNR pagoh nak ke UPM, tiba2 kami terdengar mcm letupan kecil. Jadi kami bertindak perlahankan kereta dan berhenti di bahu jalan. Rupa2nya tayar kereta pancit. Syukur Alhamdulillah kami berhenti, kalau tidak, entahlah apa akan terjadi. Maklum la pemanduan ketika tu dalam kelajuan 120km/j. (bahaya ooo…) Membe cakap “memang tayar keta depan prob sikit, lagi2 tayar tu tayar 2nd hand dah.
Jadi, tunggu apa lagi, kami pun terus ambil peralatan dan tukarkan tayar. Masa tu cuaca tak berapa nak mengizinkan dengan langit gelap bagaikan hujan nak turun dalam beberapa saat ja lagi.. masa tengah buka nut tayar, kereta kancil muncul dari belakang dan berhenti. Turunlah seorang india dan menghala ke kami dan tanpa kata apa2, dia terus tolong bukakan nut tayar kereta tanpa minta tolong.. masa tu aku dah fikir lain dah. “boleh percaya k orang ni”, “ada muslihat apa sebenarnya dia”, so aku pun bisik pada membe aku suruh berhati2 sikit, sebab sekarang banyak juga orang bantu orang dengan pelbagai muslihat. Masa tu pun aku berada dalam keadaan berhati2. Akhirnya siap juga tukar tayar kereta, jejaka india tu buat sorang ja. Aku dan membe aku tak tolong apa pun, just tolong tengok ja. Kami pun siap kemas peralatan yg digunakan dan jejaka india pun minta la sikit duit air. Aku pun dengan rasa simpati bagi RM5 ja.. (Aku fikir juga, tak berbaloi aku bagi RM5 pada dia tadi., kesian dia… dalam masa yg sama hati berkata “tak pe, dia dah makan gaji dengan PLUS dah..”) Rupa2nya jejaka india tu foreman highway plus. J . Kami teruskan perjalanan dalam kelajuan yg selamat dan berhati2.
Alhamdulillah kami sampai di UPM dalam jam 7.30 malam. Kami terus ke masjid UPM untuk solat la dulu. Kan afdal kalau solat awal2.. (hehe). Dan kami berpecah di situ la.. Adik aku dan sepupu jemput aku di masjid UPM dan membe aku terus gerak menuju ke selayang umah makcik mereka. Lagi sorang membe, aku hanta ke kolej 14 dan aku ambil sepupu aku di kolej tu juga (dia belajar di UPM) untuk pergi berkumpul dengan family kami yang datang dari kedah. Tapi sebelum kami pergi situ, maklum la, jauh perjalanan, maka laparlah. Time tu juga, sepupu aku yg keja di KL gaji dah masuk, so dia belanja malam tu di Satay Kajang Hj. Samsuri. Aku pun oder 50 cucuk satay untuk 4 orang makan dengan nasi goring kampong, kuetiaw goring, mee bandung dan kuetiaw hailam.. Memang kenyang betul malam tu.. Selesai makan, kami terus ke homestay (seksyen 14, Bandar Baru Bangi) dimana keluarga kami dr kedah menginap. Keceriaan kami terpancar, apabila sanak saudara berkumpul dan berjalan sekali menuju ke KL dengan satu tujuan dan satu matlamat yang sama.,. (Hehe). Bukan senang nak boleh berkumpul macam ni. J
Keesokan hari, kami semua bersiap untuk ke majlis pertunangan sepupu aku di Seksyen 32, Kota Kemunting, Shah Alam. Aku minta untuk bawa van Nissan. Nak cuba tengok ke tak bawa van besar2 ni. Van ni leh muat 15orang dalam satu masa. Ternyata, memang best juga, macam bawa lori tayar 4, Cuma yg bezanya van ni pickup kuat ckit dan brek berfungsi dengan elok jika disbanding dengan lori getah skrap yang aku pernah bawa sebelum ni. (dah citer pasal van la plak, huhu). Ok, kembali pada citernyer, majlis pertunaang berlangsung jam 11.30pagi. semua berjalan lancer dengan hantaran sebanyak RM14300 sahaja. Selepas selasai majlis pertunangan, kami pergi ke Nilai 3, Negeri 9 untuk shopping bagi kaum ibu. Seterusnya kami menuju ke Seksyen 18, Shah Alam, rumah seorang tuan rumah sewa sepupu aku yang lagi sorang (abangah gelarannya). Kami pergi pun bukan dengan tanpa tujuan, alang2 pergi, kami terus merisik anak tuan rumah tersebut untuk sepupu aku pula.. (huhu, hebat dalam masa yg sama leh merisik yg lain pulak.. memang jimat betol bajet ni.).. Semua selesai dengan baik.
Aku, adik aku, dan 2orang sepupu pun berpisahlah disitu, family kami pun gerak pulang ke Kedah. Semua dah start keja masing2 esokkan harinya, ada yang kerani sekolah, cikgu, kantin, da nada yang nak motong (menoreh) jugak… Jadi aku dan yg lain gerak ke UPM untuk hantar sepupu aku. Malam tu aku tumpang di umah sepupu aku (sentul) yg keja di KL. Hari last (ahad), aku, adik dan sepupu jalan2 KL jap dan aku pulang ke tanah UTM jam 5petang dengan membe aku dan sampai di Kolej Dato’ Onn Jaafar jam 9.30malam lebih kurang..
No comments:
Post a Comment