Assalamualaikum w.b.t..
Sahabat...
disini aku ingin bercerita bersamamu...
mungkin dari dalam sanubariku ini...
ingin aku bercerita padamu dahulu..
tapi terdapat kekangan masa dan hal2 tertentu...
ingin aku bercerita padamu dahulu..
tapi terdapat kekangan masa dan hal2 tertentu...
Sahabat..
aku telah anggap engkau umpama keluargaku
engkau juga merupakan salah seorang idolaku, role model bagiku...
akhalkmu, perbuatanmu, pertuturanmu, perwatakanmu dll...
Sahabat..
aku berasa sangat untung bertemu denganmu...
disitu aku dapat pelajari pelbagai darimu
mungkin secara langsung dan mungkin juga secara tidak langsung
ia sungguh bermakna bagiku..
Sahabat...
jadikanlah persahabatan yang telah kita bina ini
persahabatan yang diredhai oleh-Nya
persahabatan di dunia dan akhirat
Sahabat...
aku juga merupakan insan yang lemah
dan memerlukan sokongan dan dorongan dari mu
Sahabat...
jika aku ada buat kesilapan, kesalahan
bimbinglah, tegurlah, nasihatlah sahabatmu ini...
walaupun ia agak sukar bagi mu
mungkin aku tidak sedar...
Sahabat...
mungkin suatu hari nanti aku akan pergi menemui-Nya dahulu
jadi doakanlah moga aku tenang disana nanti...
dan aku yakin kita semua akan laluinya..
mgkin awal dan mgkin lambat sedikit..
Sahabat...
dalam hidup ini..
inginku lakukan perkara yang disenangi oleh kalian..
mungkin susah bagiku untuk lakukan begitu...
namun akan ku cuba sedaya upaya ku...
Sahabat...
disini juga ingin aku memperingati diriku ini dan juga diri sahabatku...
kita mesti ingat, kita adalah hambaNya, kita juga seorang anak, kita juga seorang khalifah..
jadi agak banyak tanggungjawab yang perlu kita pikul selagi mana kita digelar sebagai manusia..
maka kita kenalah jaga bersama2 tanggungjawab itu..
Sahabat..
Hatiku sungguh gembira apabila melihat mu gembira
hatiku tidak akan tenteram apabila melihat mu dalam kesusahan..
kalau ada masalah, kongsilah bersama jika mu perlukan..
InsyaAllah... jika aku mampu, aku akan cuba bantu mu sedaya upaya ku ini..
Sahabat...
Akhir kalam, aku doakan semoga kita semua :-
memperolehi rahmat dan keredhaan Allah di dunia mahupun diakhirat..
kekal dalam persabahatan ini walaupun pelbagai dugaan akan ditempuhi kelak..
bahagia di sisi keluarga, masyarakat dan sekalian makhluk
Sahabat... Anda adalah terbaik bagiku...
Wasalam...
Amin.. Amin Allahumma Amin.
ReplyDeleteinsyAllah... Amin ya rabbal A'lamin
ReplyDelete