expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 25 February 2012

Wujudnya Blog..

بسم الله الرحمن االرحيم.. السلام عليكم...

الحمد لله الذي هدانا لهذا وما كنا لنهتدي لولا أن هدانا الله. والصلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيِّدنا محمد وعلى أله وصحبه أجمعين والتابعين لهم بإحسانٍ إلى يوم الدين. من يرد الله به خيرًا يُفَقِّهْهُ في الدين. استعيذه به ما ارتكبت الخطيئة.

Kesyukuran yang setulus dan tidak terkira dirafakkan ke hadrat Allah kerana dengan keizinan-Nya jua blog ini dapat disiapkan walaupun tidak dengan sempurnanya. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad, pembawa obor kebenaran dan pembina tamadun insan sejagat. Selawat dan salam juga kepada para sahabat, keluarga serta pengikut baginda hingga ke hari kiamat.



Alhamdulillah, akhirnya Berjaya juga wujudkan blog. Pada dasarnya, tidak ada perancangan nak wujudkan blog. Ini disebabkan diatas arahan tugasan bagi kursus SPPM1013-Telekomunikasi dan rangkaian. Objektif bagi kursus ini bagi mewujudkan blog adalah untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar (dalam masa 4tahun lagi) dengan mudah dan cepat secara tidak formal.

Pada pandangan sendiri, blog ini juga dapat berfungsi sebagai media berdakwah, mengajar, berkongsi pandangan terhadap isu-isu terkini dan sebagainya. Melaluinya, pengikut-pengikut blog juga dapat membincangkan dan memberi pandangan mengenai isu-isu yang diutarakan oleh bloger.

Walaubagaimana pun, saya sangat bersyukur dapat menyiapkan blog yang tidak seberapa indah dan menarik ini. Dikesempatan ini juga, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi membantu saya dalam  mewujudkan blog ini secara langsung mahupun tidak langsung dan bagi mereka sentiasa mengikuti perkembangannya.  Harapan saya, semoga dengan adanya blog ini, saya dapat menyampaikan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan kepada kalian, InsyaAllah.


Wasalam

No comments:

Post a Comment