Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
1) WAHAI
SAUDARAKU,
Segeralah tunaikan solat
di awal waktu. Dikala mendengar azan.
Usahakanlah semampu terdaya. Ini
membuktikan kesungguhan anda. Di
situ ada sumber kejayaan. Di situ ada
sumber pertolongan. Di situ
ada sumber taufiq. Perhatikanlah
banyak perintah ayat al-Quran.
...dimulakan dengan menyebut solat di
awalnya. Perhatikanlah Tuhan
mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun...
Di saat
genting dan cemas.
2) WAHAI
SAUDARAKU,
Bacalah al-Quran dan cuba memerhati
mesejnya. Selalulah berzikir
dan cari ilmu walaupun sedikit.
Kurangilah dengan masa yang tidak
bertujuan. Sesungguhnya al-Quran
adalah sumber asli lautan ilmu.
Sumber hidayah kepada anda dan saya.
Bacalah al-Quran, kelak ia
memberi syafaat. sentiasalah membaca,
menghafal dan.. cuba
hayati
mesej arahannya. Selalu berzikir,
berzikir dan terus berzikir!!! Di
sini ada ketenteraman Di sini ada
kedamaian. Di sini ada kesalaman
Jadilah hamba yang sejahtera.
3) WAHAI
SAUDARAKU,
Dorongkanlah diri untuk
menguasai Bahasa al-Quran. Mulakan dulu
walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya
anda telah lama bermula,
Iaitu sejak anda solat setiap hari.
Sebut dulu walaupun tak faham.
Antara mala petaka pertama menimpa
umat kita... Ialah kecuaian
menguasai bahasa agamanya. Juga
mengutamakan bahasa pasar, Ayuh!!!
Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang
walaupun seminit!!!
4) WAHAI
SAUDARAKU,
Usahlah bertarung idea
tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya
berbuahkan kebaikan. Awasilah
pertengkaran, Kerana di sana
ada
unsur lain membisikkan? Syaitannnn
namanya!!!
5) WAHAI
SAUDARAKU,
Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa!!!
Rasulullah saw adalah
yang paling banyak senyum. Beliau ketawa
kena pada tempatnya. Tapi berpada-pada
sahaja, wahai kawan! Plato
juga berharap agar pementasan
hiburan... Yang tidak bermutu terlalu
banyak ketawa bodoh. Hanyalah
disaksikan oleh golongan abdi. Dan
orang upahan asing! Begitu juga
Aristotle berpendapat Supaya
golongan belia ditegah daripada
menyaksikan hiburan-hiburan yang
membolehkan perbuatan ketawa
berlebih-lebihan. supaya tidak
menular. Keburukan dalam diri!!!
6) WAHAI
SAUDARAKU,
Seriuslah selalu dan
berguraulah berpatutan. Tanpa serius,
hilanglah kesungguhan!!! Tanpa
bergurau, tawarlah kehidupan. Kata
seorang penyair: Berikan kerehatan
pada jiwamu. Yang sibuk dengan
berfikir. Ubati dengan bergurau. Tapi,
Kalau mengubatinya dengan
bergurau. Mestilah dalam batas.
Seperti kau masukkan garam ke dalam
gulai.
7) WAHAI
SAUDARAKU,
Kawallah nada suaramu.
Setakat yang diperlukan oleh pendengar di
depanmu. Janganlah jadi seperti orang
bodoh. Bahkan menyakit hati
orang lain pula!!! Luqman El-Hakim
juga mencela orang yang tidak
pandai menjaga nada suara pada
tempatnya. Itulah katanya suara
keledai!!! Surah al-Isra' memberi tip
kepada kita... Jangan
keraskan suramu dalam solat Tapi
jangan pula merendahkannya.
Carilah jalan tengah di antara
keduanya.
8) WAHAI
SAUDARAKU,
Usahlah umpat mengumpat.
Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan
lain. Bercakaplah jika ada unsur
kebajikan. Ayuh!!!
Hindarilah...mengumpat! Tidak sekali
mencabuli jemaah-jemaah
lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi
kebajikan bersama. Sukakah anda
memakan daging pasti anda suka!! Tapi
sukakah anda memakan daging
kawan anda yang telah mati??
Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa
orang yang mengumpat. Bertaubatlah
jika anda mengumpat Tapi mesti
minta ampun terhadap orang umpatanmu
bersama!!! Boleh
mengumpat...apabila ada tujuan syarie.
-untuk menuntut keadilan
apabila dizalimi -untuk menghapuskan
kemungkaran -kerana memberi
amaran kepada Muslim tentang kejahatan
-kerana mengisytiharkan
kefasikan dan kejahatan.
9) WAHAI
SAUDARAKU,
Luaskanlah
interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka
tidak diminta berbuat demikian!!!
Salam kasih sayang adalah untuk
semua. Salam kemesraan adalah untuk
sejagat. Hulurkanlah,
hulurkanlah salam perkenalan...!
Lihatlah pensyariatan ibadah haji.
Pelbagai bangsa datang berkunjung!!!
Pelbagai lapisan datang
berkunjung!!! Pelbagai darjat datang
berkunjung!!! Sama-sama
menjunjung obor suci. Tidak mengenali
tapi tak sepi.
10)
WAHAI
SAUDARAKU,
Maksimumkanlah faedah
waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya
manfaatkan masa. Hadkanlah masa
penunaiannya. Biasakan hidup
berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah
menggunakan waktu anda!
Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi saw
bermaksud: "Bertindak
segeralah melakukan amal..."
(Diulang 7 kali..) Sayanglah masa
saudaramu!!! Hormatilah waktu
mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.