expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 25 February 2012

Kuda Emas

Assalamualaikum…

Perancangan awal ingin bawak wave X 125, tapi ia ada banyak juga kerosakan dan kebetulan paksu pun nak trade-in moto lamanya mbik moto nouvo LC. Hati pun terdetik,
boleh juga trade-in moto wave X 125 ni.. So bincang punyer bincang dgn ayah, akhirnya ayah setuju dgn syarat kedai terima motor tu dalam harga RM2200 mcm tu. Alhamdulillah, kedai terima dengan harga RM2300. Maka jadilah trade-in nya.. Trade-in moto telah berlaku di kedai BenHuat Pokok Sena.. Penjual janji dalam masa 3 hari boleh siap tp tak pun sebab line JPJ problem pd hari ketiga tu. Hari keenam baru selesai urus semuanya. Ayah dan adik p mbik pd hari ahad, terus basuh moto dgn air tawar dan hantar ke Johor melalui kurier penghantaran Nationwide dgn cajnya RM151.30.

Petang 24hb 2 aku baru pi ambik di Nationwide Jalan Bayu 2/4, Taman Perindustrian Tampoi Jaya, Johor dengan rakan seperjuangan ku Idham dan Abg Anuar. (Terima kasih Idham n Abg Anuar).. Aku rasa seronok pun ada, sedih pun ada, terharu pun ada.. Aku tak dapat nak ungkapkan bagaimana.. huhu..  First sampai, aku p dapatkan moto di stor simpanan barang dan start punyer start tak hidup, maklum la, penghantaran mengambil masa 5hari. Lama tak start, so payah la nak hidup.. huhu.. KM yg terima baru 20km saja. Ckitkan...



Dengan Kehadiran kuda emas ini, dapatlah memudahkan aku bergerak untuk kelas terutamanya di N30 (bengkel), beli makanan, masjid (ye ke.. ), jalan2 dan banyak g kot klu nak listkan.. Malah ak dapat bergerak dengan begitu mudah tanpa menyusahkan rakan2ku, terutama motor Hairul akan jadi mangsa aku. Thanks Hairul pinjamkan kuda putih..  Dengan adanya kuda emas ni, aku rasa sangat gumbira., senang hati.. (^__^).

InsyaAllah, aku berazam akan gunakannya dengan baik pada jalan Allah. Mungkin lepas ni dapat tingkatkan lg ibadah dengan nikmat yang telah Engkau berikan pada ku ini. Ya Allah, aku memohon pada-Mu, semoga aku tidak terlalai dengan kesenangan yg aku perolehi ini.. 

Wasalam..

(penggunaan bahasa yg tidak fasih, jgn amalkan..)

Wujudnya Blog..

بسم الله الرحمن االرحيم.. السلام عليكم...

الحمد لله الذي هدانا لهذا وما كنا لنهتدي لولا أن هدانا الله. والصلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيِّدنا محمد وعلى أله وصحبه أجمعين والتابعين لهم بإحسانٍ إلى يوم الدين. من يرد الله به خيرًا يُفَقِّهْهُ في الدين. استعيذه به ما ارتكبت الخطيئة.

Kesyukuran yang setulus dan tidak terkira dirafakkan ke hadrat Allah kerana dengan keizinan-Nya jua blog ini dapat disiapkan walaupun tidak dengan sempurnanya. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad, pembawa obor kebenaran dan pembina tamadun insan sejagat. Selawat dan salam juga kepada para sahabat, keluarga serta pengikut baginda hingga ke hari kiamat.



Alhamdulillah, akhirnya Berjaya juga wujudkan blog. Pada dasarnya, tidak ada perancangan nak wujudkan blog. Ini disebabkan diatas arahan tugasan bagi kursus SPPM1013-Telekomunikasi dan rangkaian. Objektif bagi kursus ini bagi mewujudkan blog adalah untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar (dalam masa 4tahun lagi) dengan mudah dan cepat secara tidak formal.

Pada pandangan sendiri, blog ini juga dapat berfungsi sebagai media berdakwah, mengajar, berkongsi pandangan terhadap isu-isu terkini dan sebagainya. Melaluinya, pengikut-pengikut blog juga dapat membincangkan dan memberi pandangan mengenai isu-isu yang diutarakan oleh bloger.

Walaubagaimana pun, saya sangat bersyukur dapat menyiapkan blog yang tidak seberapa indah dan menarik ini. Dikesempatan ini juga, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi membantu saya dalam  mewujudkan blog ini secara langsung mahupun tidak langsung dan bagi mereka sentiasa mengikuti perkembangannya.  Harapan saya, semoga dengan adanya blog ini, saya dapat menyampaikan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan kepada kalian, InsyaAllah.


Wasalam