expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label SymboliQ. Show all posts
Showing posts with label SymboliQ. Show all posts

Sunday, 29 April 2012

SAHABAT


Assalamualaikum w.b.t..

Sahabat...
disini aku ingin bercerita bersamamu...
mungkin dari dalam sanubariku ini...
ingin aku bercerita padamu dahulu..
tapi terdapat kekangan masa dan hal2 tertentu...




Sahabat..
aku telah anggap engkau umpama keluargaku
engkau juga merupakan salah seorang idolaku, role model bagiku...
akhalkmu, perbuatanmu, pertuturanmu, perwatakanmu dll...

Sahabat..
aku berasa sangat untung bertemu denganmu...
disitu aku dapat pelajari pelbagai darimu
mungkin secara langsung dan mungkin juga secara tidak langsung
ia sungguh bermakna bagiku..

Sahabat...
jadikanlah persahabatan yang telah kita bina ini
persahabatan yang diredhai oleh-Nya
persahabatan di dunia dan akhirat

Sahabat...
aku juga  merupakan insan yang lemah
dan memerlukan sokongan dan dorongan dari mu

Sahabat...
jika aku ada buat kesilapan, kesalahan
bimbinglah, tegurlah, nasihatlah sahabatmu ini...
walaupun ia agak sukar bagi mu
mungkin aku tidak sedar...

Sahabat...
mungkin suatu hari nanti aku akan pergi menemui-Nya dahulu
jadi doakanlah moga aku tenang disana nanti...
dan aku yakin kita semua akan laluinya..
mgkin awal dan mgkin lambat sedikit..

Sahabat...
dalam hidup ini..
inginku lakukan perkara yang disenangi oleh kalian..
mungkin susah bagiku untuk lakukan begitu...
namun akan ku cuba sedaya upaya ku...

Sahabat...
disini juga ingin aku memperingati diriku ini dan juga diri sahabatku...
kita mesti ingat, kita adalah hambaNya, kita juga seorang anak, kita juga seorang khalifah..
jadi agak banyak tanggungjawab yang perlu kita pikul selagi mana kita digelar sebagai manusia..
maka kita kenalah jaga bersama2 tanggungjawab itu..

Sahabat..
Hatiku sungguh gembira apabila melihat mu gembira
hatiku tidak akan tenteram apabila melihat mu dalam kesusahan..
kalau ada masalah, kongsilah bersama jika mu perlukan..
InsyaAllah... jika aku mampu, aku akan cuba bantu mu sedaya upaya ku ini..

Sahabat...
Akhir kalam, aku doakan semoga kita semua :-
memperolehi rahmat dan keredhaan Allah di dunia mahupun diakhirat..
kekal dalam persabahatan ini walaupun pelbagai dugaan akan ditempuhi kelak..
bahagia di sisi keluarga, masyarakat dan sekalian makhluk

Sahabat... Anda adalah terbaik bagiku...

Wasalam...

Thursday, 29 March 2012

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




   1)        WAHAI SAUDARAKU,

   Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan.
Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di
situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situ
ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran.
...dimulakan dengan menyebut solat di awalnya. Perhatikanlah Tuhan
mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat
genting dan cemas.



   2)        WAHAI SAUDARAKU,

  Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir
dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak
bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu.
Sumber hidayah kepada anda dan saya. Bacalah al-Quran, kelak ia
memberi syafaat. sentiasalah membaca, menghafal dan.. cuba hayati
mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di
sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman
Jadilah hamba yang sejahtera.


   3)        WAHAI SAUDARAKU,

   Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran. Mulakan dulu
walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda telah lama bermula,
Iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tak faham.
Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian
menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh!!!
Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit!!!


   4)        WAHAI SAUDARAKU,

   Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya
berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran, Kerana di sana ada
unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya!!!


   5)    WAHAI SAUDARAKU,

   Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa!!!

   Rasulullah saw adalah yang paling banyak senyum. Beliau ketawa
kena pada tempatnya. Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan! Plato
juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu
banyak ketawa bodoh. Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi. Dan
orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya
golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang
membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak
menular. Keburukan dalam diri!!!


   6)        WAHAI SAUDARAKU,

   Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius,
hilanglah kesungguhan!!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata
seorang penyair: Berikan kerehatan pada jiwamu. Yang sibuk dengan
berfikir. Ubati dengan bergurau. Tapi, Kalau mengubatinya dengan
bergurau. Mestilah dalam batas. Seperti kau masukkan garam ke dalam
gulai.


   7)        WAHAI SAUDARAKU,

   Kawallah nada suaramu. Setakat yang diperlukan oleh pendengar di
depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati
orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak
pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara
keledai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan
keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya.
Carilah jalan tengah di antara keduanya.


   8)        WAHAI SAUDARAKU,

   Usahlah umpat mengumpat. Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan
lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan. Ayuh!!!
Hindarilah...mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah
lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda
memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging
kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa
orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti
minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh
mengumpat...apabila ada tujuan syarie. -untuk menuntut keadilan
apabila dizalimi -untuk menghapuskan kemungkaran -kerana memberi
amaran kepada Muslim tentang kejahatan -kerana mengisytiharkan
kefasikan dan kejahatan.
  

 9)        WAHAI SAUDARAKU,
  
    Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka
tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk
semua. Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah,
hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji.
Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang
berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama
menjunjung obor suci. Tidak mengenali tapi tak sepi.
  
 
10)       WAHAI SAUDARAKU,
  
     Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya
manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup
berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda!
Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi saw bermaksud: "Bertindak
segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa
saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya. 

Wednesday, 28 March 2012

Bos dan Pemimpin


Bos kerah pekerja
Pemimpin galakkan mereka

Bos memegang kuasa
Pemimpin bergantung kepada budi

Bos menimbulkan ketakutan
Pemimpin memancarkan kesayangan

Bos kata ‘’AKU’’
Pemimpin kata ‘’KITA’’

Bos menunjuk siapa salah
Pemimpin menunjuk apa yang salah


Bos tahu kaedah teori
Pemimpin tahu praktikalnya

Bos memaksa dihormati
Pemimpin sentiasa dihormati

Jadilah Pemimpin jangan jadi Bos


*pilihan di tangan anda..... (^__^)

p/s : Persatuan Pelajar SMA Al-Khairiah

Sunday, 11 March 2012

Sebuah Perjalanan

Assalamualaikum.... 

Minggu lepas (2 Mac), hari jumaat, ak dan member (3orang) ak gerak ke KL dengan tujuan masing2. Aku pergi dengan tujuan nak menghadiri majlis pertunangan sepupu manakala membe (2orang) aku pula turun KL nak dapatkan mesin jahit dari makciknya. Maklum la semester ni kami belajar jahit, so perlu la jugak mesin jahit ni. Dan lagi sorang turun di UPM, nak jumpa akaknya. Al-kisahnya berbunyi begini..
Dalam perjalanan ke KL membe ak bawa keta separuh jalan dan aku bawa pula. Dalam jam 5 petang lebih, kami singgah di RNR Pagoh untuk solat dan rehat sebentar dan kami target akan sampai UPM sebelum jam 7 petang. Ok, dalam perjalanan dari RNR pagoh nak ke UPM, tiba2 kami terdengar mcm letupan kecil. Jadi kami bertindak perlahankan kereta dan berhenti di bahu jalan. Rupa2nya tayar kereta pancit. Syukur Alhamdulillah kami berhenti, kalau tidak, entahlah apa akan terjadi. Maklum la pemanduan ketika tu dalam kelajuan 120km/j. (bahaya ooo…) Membe cakap “memang tayar keta depan prob sikit, lagi2 tayar tu tayar 2nd hand dah.
Jadi, tunggu apa lagi, kami pun terus ambil peralatan dan tukarkan tayar. Masa tu cuaca tak berapa nak mengizinkan dengan langit gelap bagaikan hujan nak turun dalam beberapa saat ja lagi.. masa tengah buka nut tayar, kereta kancil muncul dari belakang dan berhenti. Turunlah seorang india dan menghala ke kami dan tanpa kata apa2, dia terus tolong bukakan nut tayar kereta tanpa minta tolong.. masa tu aku dah fikir lain dah. “boleh percaya k orang ni”, “ada muslihat apa sebenarnya dia”, so aku pun bisik pada membe aku suruh berhati2 sikit, sebab sekarang banyak juga orang bantu orang dengan pelbagai muslihat. Masa tu pun aku berada dalam keadaan berhati2. Akhirnya siap juga tukar tayar kereta, jejaka india tu buat sorang ja. Aku dan membe aku tak tolong apa pun, just tolong tengok ja. Kami pun siap kemas peralatan yg digunakan dan jejaka india pun minta la sikit duit air. Aku pun dengan rasa simpati bagi RM5 ja.. (Aku fikir juga, tak berbaloi aku bagi RM5 pada dia tadi., kesian dia… dalam masa yg sama hati berkata “tak pe, dia dah makan gaji dengan PLUS dah..”) Rupa2nya jejaka india tu foreman highway plus. J . Kami teruskan perjalanan dalam kelajuan yg selamat dan berhati2.



Alhamdulillah kami sampai di UPM dalam jam 7.30 malam. Kami terus ke masjid UPM untuk solat la dulu. Kan afdal kalau solat awal2.. (hehe). Dan kami berpecah di situ la.. Adik aku dan sepupu jemput aku di masjid UPM dan membe aku terus gerak menuju ke selayang umah makcik mereka. Lagi sorang membe, aku hanta ke kolej 14 dan aku ambil sepupu aku di kolej tu juga (dia belajar di UPM) untuk pergi berkumpul dengan family kami yang datang dari kedah. Tapi sebelum kami pergi situ, maklum la, jauh perjalanan, maka laparlah. Time tu juga, sepupu aku yg keja di KL gaji dah masuk, so dia belanja malam tu di Satay Kajang Hj. Samsuri. Aku pun oder 50 cucuk satay untuk 4 orang makan dengan nasi goring kampong, kuetiaw goring, mee bandung dan kuetiaw hailam.. Memang kenyang betul malam tu.. Selesai makan, kami terus ke homestay (seksyen 14, Bandar Baru Bangi) dimana keluarga kami dr kedah menginap.   Keceriaan kami terpancar, apabila sanak saudara berkumpul dan berjalan sekali menuju ke KL dengan satu tujuan dan satu matlamat yang sama.,. (Hehe). Bukan senang nak boleh berkumpul macam ni. J








Keesokan hari, kami semua bersiap untuk ke majlis pertunangan sepupu aku di Seksyen 32, Kota Kemunting, Shah Alam. Aku minta untuk bawa van Nissan. Nak cuba tengok ke tak bawa van besar2 ni. Van ni leh muat 15orang dalam satu masa. Ternyata, memang best juga, macam bawa lori tayar 4, Cuma yg bezanya van ni pickup kuat ckit dan brek berfungsi dengan elok jika disbanding dengan lori getah skrap yang aku pernah bawa  sebelum ni. (dah citer pasal van la plak, huhu). Ok, kembali pada citernyer, majlis pertunaang berlangsung jam 11.30pagi. semua berjalan lancer dengan hantaran sebanyak RM14300 sahaja. Selepas selasai majlis pertunangan, kami pergi ke Nilai 3, Negeri 9 untuk shopping bagi kaum ibu. Seterusnya kami menuju ke Seksyen 18, Shah Alam, rumah seorang tuan rumah sewa sepupu aku yang lagi sorang (abangah gelarannya). Kami pergi pun bukan dengan tanpa tujuan, alang2 pergi, kami terus merisik anak tuan rumah tersebut untuk sepupu aku pula.. (huhu, hebat dalam masa yg sama leh merisik yg lain pulak.. memang jimat betol bajet ni.)..  Semua selesai dengan baik.


Aku, adik aku, dan 2orang sepupu pun berpisahlah disitu, family kami pun gerak pulang ke Kedah. Semua dah start keja masing2 esokkan harinya, ada yang kerani sekolah, cikgu, kantin, da nada yang nak motong (menoreh) jugak… Jadi aku dan yg lain gerak ke UPM untuk hantar sepupu aku. Malam tu aku tumpang di umah sepupu aku (sentul) yg keja di KL.  Hari last (ahad), aku, adik dan sepupu jalan2 KL jap dan aku pulang ke tanah UTM jam 5petang dengan membe aku dan sampai di Kolej Dato’ Onn Jaafar jam 9.30malam lebih kurang..

Alhamdulillah.. Semua selamat..  J

Saturday, 25 February 2012

Kuda Emas

Assalamualaikum…

Perancangan awal ingin bawak wave X 125, tapi ia ada banyak juga kerosakan dan kebetulan paksu pun nak trade-in moto lamanya mbik moto nouvo LC. Hati pun terdetik,
boleh juga trade-in moto wave X 125 ni.. So bincang punyer bincang dgn ayah, akhirnya ayah setuju dgn syarat kedai terima motor tu dalam harga RM2200 mcm tu. Alhamdulillah, kedai terima dengan harga RM2300. Maka jadilah trade-in nya.. Trade-in moto telah berlaku di kedai BenHuat Pokok Sena.. Penjual janji dalam masa 3 hari boleh siap tp tak pun sebab line JPJ problem pd hari ketiga tu. Hari keenam baru selesai urus semuanya. Ayah dan adik p mbik pd hari ahad, terus basuh moto dgn air tawar dan hantar ke Johor melalui kurier penghantaran Nationwide dgn cajnya RM151.30.

Petang 24hb 2 aku baru pi ambik di Nationwide Jalan Bayu 2/4, Taman Perindustrian Tampoi Jaya, Johor dengan rakan seperjuangan ku Idham dan Abg Anuar. (Terima kasih Idham n Abg Anuar).. Aku rasa seronok pun ada, sedih pun ada, terharu pun ada.. Aku tak dapat nak ungkapkan bagaimana.. huhu..  First sampai, aku p dapatkan moto di stor simpanan barang dan start punyer start tak hidup, maklum la, penghantaran mengambil masa 5hari. Lama tak start, so payah la nak hidup.. huhu.. KM yg terima baru 20km saja. Ckitkan...



Dengan Kehadiran kuda emas ini, dapatlah memudahkan aku bergerak untuk kelas terutamanya di N30 (bengkel), beli makanan, masjid (ye ke.. ), jalan2 dan banyak g kot klu nak listkan.. Malah ak dapat bergerak dengan begitu mudah tanpa menyusahkan rakan2ku, terutama motor Hairul akan jadi mangsa aku. Thanks Hairul pinjamkan kuda putih..  Dengan adanya kuda emas ni, aku rasa sangat gumbira., senang hati.. (^__^).

InsyaAllah, aku berazam akan gunakannya dengan baik pada jalan Allah. Mungkin lepas ni dapat tingkatkan lg ibadah dengan nikmat yang telah Engkau berikan pada ku ini. Ya Allah, aku memohon pada-Mu, semoga aku tidak terlalai dengan kesenangan yg aku perolehi ini.. 

Wasalam..

(penggunaan bahasa yg tidak fasih, jgn amalkan..)

Wujudnya Blog..

بسم الله الرحمن االرحيم.. السلام عليكم...

الحمد لله الذي هدانا لهذا وما كنا لنهتدي لولا أن هدانا الله. والصلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيِّدنا محمد وعلى أله وصحبه أجمعين والتابعين لهم بإحسانٍ إلى يوم الدين. من يرد الله به خيرًا يُفَقِّهْهُ في الدين. استعيذه به ما ارتكبت الخطيئة.

Kesyukuran yang setulus dan tidak terkira dirafakkan ke hadrat Allah kerana dengan keizinan-Nya jua blog ini dapat disiapkan walaupun tidak dengan sempurnanya. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad, pembawa obor kebenaran dan pembina tamadun insan sejagat. Selawat dan salam juga kepada para sahabat, keluarga serta pengikut baginda hingga ke hari kiamat.



Alhamdulillah, akhirnya Berjaya juga wujudkan blog. Pada dasarnya, tidak ada perancangan nak wujudkan blog. Ini disebabkan diatas arahan tugasan bagi kursus SPPM1013-Telekomunikasi dan rangkaian. Objektif bagi kursus ini bagi mewujudkan blog adalah untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar (dalam masa 4tahun lagi) dengan mudah dan cepat secara tidak formal.

Pada pandangan sendiri, blog ini juga dapat berfungsi sebagai media berdakwah, mengajar, berkongsi pandangan terhadap isu-isu terkini dan sebagainya. Melaluinya, pengikut-pengikut blog juga dapat membincangkan dan memberi pandangan mengenai isu-isu yang diutarakan oleh bloger.

Walaubagaimana pun, saya sangat bersyukur dapat menyiapkan blog yang tidak seberapa indah dan menarik ini. Dikesempatan ini juga, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi membantu saya dalam  mewujudkan blog ini secara langsung mahupun tidak langsung dan bagi mereka sentiasa mengikuti perkembangannya.  Harapan saya, semoga dengan adanya blog ini, saya dapat menyampaikan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan kepada kalian, InsyaAllah.


Wasalam